ALOR
SETAR 21 Julai – Isteri Menteri Besar Kedah, Tok Puan Norzieta Zakaria
bersama rakyat memenuhi bulan Ramadan dengan menyertai Tadarus Al-Quran
dan Khatam Al-Quran 2014 yang diadakan di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul
Aman, di sini.
Majlis
dimulakan dengan penyampaian tazkirah oleh Pegawai Penyelidik di
Jabatan Mufti Negeri Kedah, Ustazah Faridah Ahmad serta tadarus dan
khatam Al-Quran.
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan
Asas Tani serta Pembangunan Usahawan, YB. Dato’ Suraya Yaacob berkata,
program yang diadakan itu adalah susulan daripada program yang diadakan
di setiap parlimen di negeri ini.
“Program
ini adalah antara sumbangan yang diberikan kepada peserta-peserta yang
mengambil bahagian dan program seperti ini akan diteruskan dan
dilaksanakan pada setiap tahun.
“Kita
berharap golongan wanita dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya
dalam usaha merealisasikan hasrat ke arah menjayakan program ini,”
ujarnya.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, YB. Kama Noriah Ibrahim.
Sumber:UMTK