BALING 21 Julai – Lebih 480 hektar tanah terbiar sekitar daerah ini akan dimajukan dengan pelbagai projek pembangunan khususnya dengan tanaman padi dan pertanian lain untuk manfaat rakyat.
Ahli
Parlimen Baling, YB. Dato’ Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata,
Kerajaan melalui agensi berkaitan pertanian serta Biro Pertanian UMNO
Bahagian Baling sedang menyusun usaha mengenal pasti tanah terbiar
terbabit supaya dapat dimajukan bersesuaian dengan struktur tanah untuk
projek pertanian.
Menurutnya,
banyak tanah terbiar terbengkalai berpunca sistem perparitan tidak
tersusun menyebabkan ramai petani meninggalkan tanah mereka selama
bertahun-tahun.
“Berikutan
itu, kita minta Jabatan Pertanian serta Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS) bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) membantu sambil
saya berusaha mendapatkan peruntukan supaya tanah terbiar dapat
dibangunkan semula terutama ditanam dengan padi atau tanaman lain yang
sesuai mengikut keadaan tanah.
“Saya
yakin jika ini dapat dilakukan, tidak mustahil Baling mampu menjadi
kawasan tanaman padi terbesar, sekaligus membuka ruang dan peluang
kepada generasi muda untuk bertani,” katanya selepas menyampaikan
sumbangan raya kepada 239 cawangan UMNO empat peringkat sekitar Parlimen
Baling di Kompleks Rakan Muda, di sini.
Beliau
menjelaskan, pihaknya turut mengenal pasti sebahagian tanah kosong di
daerah ini yang tidak sesuai dengan pertanian, untuk dimanfaatkan
melalui projek industri seperti kilang automotif jenama terkemuka yang
kini dalam proses rundingan, selain kilang kereta perisai yang akan
dibangunkan.
“Buat
masa ini, pusat latihan dan kaedah pemindahan teknologi bagi kenderaan
berjenama AUDI masih di peringkat perbincangan untuk memastikan projek
itu memberi manfaat kepada rakyat.
Sebuah syarikat Korea ada menyuarakan minat untuk bekerjasama membangunkannya di daerah ini.
“Kita
akan kenal pasti lokasi bersesuaian dan jika projek ini berjaya
direalisasikan tahun depan, kita akan urus soal tanah dengan Kerajaan
Negeri. Kita yakin ia secara tidak langsung dapat membantu melonjak
pertumbuhan ekonomi kawasan serta membantu penduduk setempat menambahkan
pendapatan,” ujarnya.
Sumber:UMTK