ALOR
SETAR 24 Julai - Polis akan memberi tumpuan kepada lima lokasi panas di
negeri ini dengan menambah jumlah anggota sukarelawan polis di kawasan
itu bagi membantu mencegah berlakunya jenayah.
Sukarelawan
polis itu akan dibahagikan mengikut jumlah yang sesuai di lima lokasi
tersebut iaitu Kubang Pasu, Kulim, Kota Setar, Kuala Muda dan Langkawi.
Ketua
Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sukarelawan polis akan
membantu anggota sedia ada dan mereka akan diberikan latihan yang
secukupnya untuk melaksanakan tugas dengan baik.
"Ketika
ini terdapat kira-kira 737 anggota sukarelawan polis di Kedah dan
mereka telah menjalani kursus latihan asas polisdi Langkawi.
"Pertambahan
jumlah anggota sukarela ini kita dapat mantapkan lagi pencegahan
jenayah di kawasan panas yang menjadi tumpuan iaitu Kubang Pasu, Kulim,
Kota Setar, Kuala Muda dan Langkawi," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Majlis Tamat Latihan Sukarelawan Polis di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kedah, di sini hari ini.
Yang hadir sama, Komandan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia Kedah, Supritendan Rozali Abd. Ghani.
Menurutnya,
semua ketua polis daerah juga akan memberi latihan yang sesuai kepada
sukarelawan polis yang ditempatkan di daerah masing-masing agar
kemahiran mereka dapat ditingkatkan.
"Sukarelawan
polis adalah keluarga kita dan saya bertanggungjawab ke atas mereka
jadi saya mahu semua yang diberi tugas melaksanakannya dengan baik.
"Saya
akan jaga kebajikan mereka dan apa yang polis terima akan saya cuba
usahakan agar mereka juga dapat serta saya akan pantau tahap disiplin
mereka," jelasnya.
Tambah Ahmad, jumlah anggota sukarelawan polis itu juga akan ditambah mengikut kekosongan yang ada.
Sumber: Utusan