DR.
Mahathir Mohamad menyampaikan sumbangan kepada guru-guru al-Quran
sukarela di Masjid Ar-Rahman, Kampung Melele, Jerlun, Kedah, kelmarin.
Turut hadir Mukhriz Mahathir (dua kanan). - BERNAMA
JERLUN
23 Julai - Ibu bapa dan guru agama diminta menyemai dengan mendalam
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dalam kalangan anak-anak di
peringkat awal usia bagi membolehkannya dijadikan pegangan kukuh ketika
dewasa kelak.
Bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kegagalan berbuat
akan demikian dikhuatiri menyebabkan mereka mudah dipengaruhi ajaran
lain seperti Syiah atau ajaran sesat yang akan memecah belahkan
masyarakat Islam.
Jika
kita tidak semai dengan mendalam sehingga kukuh iman mereka, saya
khuatir masyarakat Islam terbahagi kepada dua dan bermusuh sesama
mereka," katanya.
Beliau
berucap dalam majlis penyampaian sumbangan kepada 628 guru al-Quran
sukarela dan bidan kampung peringkat daerah Kubang Pasu serta majlis
berbuka puasa di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Melele, di sini semalam.
Dalam
majlis itu, Yayasan Harmoni menerusi Pengarah Eksekutifnya, Datuk Mohd.
Radzuan Abdullah turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 untuk
diagihkan kepada golongan asnaf dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer
Hitam.
Yang
hadir sama, isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Menteri
Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan isteri beliau, Datin Norzieta
Zakaria.
Dr.
Mahathir berkata, peredaran zaman dan kemajuan teknologi seperti
kewujudan internet yang membolehkan pelbagai cerita atau maklumat
diperoleh dengan mudah mengakibatkan orang ramai senang terpengaruh
dengan sesuatu perkara walaupun ia tidak baik.
Ini keadaan yang harus difahami kerana jika tidak kuat iman kita boleh terpesong dari jalan yang benar," katanya.
Sumber: Utusan