ALOR
SETAR 17 Julai - Kerajaan Negeri Kedah akan membangunkan kira-kira
1,000 hektar tanah terbiar di seluruh negeri untuk tujuan pertanian,
kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat,
Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Suraya
Yaacob.
Beliau
berkata Pejabat Tanah di setiap daerah akan diminta untuk berbincang
dengan pemilik tanah dan pihak lain seperti penghulu bagi melaksanakan
program tersebut.
"Tanah terbiar boleh diusahakan dengan tanaman seperti nanas misalnya. Ini ekoran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia memerlukan kira-kira 500 hektar tanah di setiap negeri untuk mengusahakan tanaman itu," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang dekat sini malam tadi.

Suraya
berkata tanah terbiar boleh diusahakan oleh golongan petani muda
melalui pemberian subsidi modal oleh kerajaan persekutuan sebanyak
RM20,000.
"Kalau
mereka tidak ada tanah, kita akan beri tanah kira-kira empat hektar
untuk mereka bangunkan dengan pelbagai aktiviti pertanian.
"Empat hektar sudah memadai bagi seorang petani muda ini," tambahnya.
Sumber: Bernama