Oleh JAMLIAH ABDULLAH

ALOR
SETAR 15 Julai - Cadangan untuk menjadikan Kolej Universiti Insaniah
(Kuin) sebagai badan berkanun kerajaan negeri akan dibincangkan dalam
mesyuarat Exco, Rabu ini sebelum diputuskan dalam sidang Dewan Undangan
Negeri (DUN) akan datang.
Menteri
Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, pihaknya akan membentangkan
perkara tersebut dalam mesyuarat itu bagi tindakan selanjutnya.
"Kita
kena bentangkan perkara ini dalam sidang DUN sebelum ia boleh
diluluskan. Jadi saya akan bangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Exco,
Rabu ini dan kalau dipersetujui akan dimasukkan dalam sidang DUN akan
datang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat
Transformasi Bandar (UTC) Kedah di sini hari ini.
Beliau
mengulas tentang cadangan kerajaan negeri untuk menjadikan Kuin sebuah
badan berkanun negeri, iaitu antara enam langkah bagi menambah baik Kuin
dalam mengembalikan hak dan kebajikan kakitangan kolej tersebut yang
diabaikan oleh kerajaan negeri Pas sebelum ini.
Langkah
tersebut dilihat oleh banyak pihak sebagai terbaik dan diyakini mampu
meningkatkan sistem pengurusan serta gerak kerja kakitangan kolej
berkenaan.
Dalam
perkembangan lain, kata Mukhriz, kerajaan negeri memandang serius usaha
penyebaran ajaran sesat di pusat tahfiz dan pondok di Kedah.
"Kerajaan
negeri sentiasa memantau semua pondok dan tahfiz untuk pastikan mereka
tidak lari daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Jika
didapati demikian berlaku, tindakan susulan yang tegas akan diambil,"
katanya mengulas tentang laporan sebuah akhbar baru-baru ini berhubung
sebuah pusat tahfiz di Yan, Jerai yang dikenalpasti mengamalkan ajaran
sesat.
Sumber: Utusan