Oleh JAMLIAH ABDULLAH
Ahmad Bashah (dua dari kanan) berbual sesuatu dengan seorang peniaga dalam program Jom Beli Barangan Raya 2013 di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, kelmarin.
ALOR
SETAR 29 Julai - Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan
Hari Raya Aidilfitri pada harga diskaun sehingga 30 peratus pada program
Jom Beli Barangan Raya 2013 di Stadium Sultan Abdul Halim di sini.
Program
yang berlangsung selama 10 hari itu adalah anjuran Pejabat Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah
bermula 26 Julai lalu hingga 4 Ogos ini.
Timbalan
Menteri KPDNKK, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, program
tersebut adalah inisiatif kementerian untuk mengurangkan beban rakyat
pada musim perayaan selain melaksanakan harga kawalan barangan
keperluan.
"Pelbagai
barangan yang dijual terus dari kilang ditawarkan pada harga lebih
rendah dari pasaran bagi meringankan beban rakyat untuk menyambut
Aidilfitri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program itu
semalam. Hadir sama Pengarah KPDNKK Kedah, Mohd. Sakri Saleh.
Jom
Beli Barangan Raya yang menawarkan pelbagai pilihan barangan berupa
perabut, barangan elektrik, pakaian, kuih muih, permaidani dan aksesori
wanita dibuka pada pukul 11 pagi hingga 11 malam.
Dalam
pada itu, Mohd. Sakri memberitahu, program kali kedua itu disertai 36
syarikat dan peniaga dari Kedah, Perlis serta Pulau Pinang.
Katanya,
pada tahun lepas, pihaknya mengadakan program itu selama lima hari
dengan lebih 2,000 orang pengunjung dan nilai jualan RM250,000.
"Pada
tahun ini penganjur memanjangkan tempoh program sehingga 10 hari dengan
sasaran jualan melebihi RM500,000. Orang ramai perlu mengambil
kesempatan untuk memperoleh barangan pada harga patut," katanya.
Sumber: Utusan