Mohd.
Tajuddin Abdullah (empat dari kanan), Kamaruddin Che Ismail (tiga dari
kanan) dan Mahadzir Hamid (dua dari kanan) bergambar bersama para
pemenang Anugerah Desa Cemerlang Kemas peringkat Kedah di Masjid
Al-Falah, Jeneri, Sik, kelmarin.
SIK
29 Julai - Kerajaan negeri akan memberi penekanan kepada pembangunan
ilmu pengetahuan, kemahiran dan modal intelektual dalam usaha melahirkan
insan berkualiti di kawasan luar bandar.
Pengerusi
Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian
Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah berkata, ini termasuk
ilmu sains, teknologi, keusahawanan, pembudayaan sikap progresif dan
nilai etika serta moral tinggi.
Kata
beliau, salah satu faktor yang menyebabkan kemiskinan luar bandar bukan
hanya disebabkan kemiskinan fizikal semata-mata tetapi kerana
kemiskinan minda.
"Kemiskinan
minda dan sikap inilah yang menjurus kepada kemiskinan fizikal kerana
insan tidak berupaya untuk berfikir mencari jalan keluar memajukan diri
mereka," katanya.
Beliau
berucap demikian dalam majlis penyampaian Anugerah Desa Cemerlang
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) peringkat negeri di Masjid Al-Falah,
Jeneri di sini semalam.
Yang hadir sama Pengarah Kemas negeri, Kamaruddin Che Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Hamid.
Kampung
Kuala Kerik di Jeneri dinobatkan sebagai johan pertandingan itu sekali
gus membawa pulang wang tunai RM8,000 berserta sijil. Kampung itu juga
akan mewakili Kedah ke pertandingan peringkat kebangsaan dari 10 hingga
25 Ogos ini.
Dalam
pada itu, Tajuddin berkata, program yang diadakan mampu merapatkan
hubungan antara anggota masyarakat, pemimpin tempatan dan
jabatan-jabatan kerajaan.
Usaha
itu juga berupaya mewujudkan sikap saling membantu dan toleransi yang
menjadi pemangkin kepada perpaduan dalam kalangan masyarakat.
"Apabila
masyarakat bersatu maka mudahlah kerajaan merancang dan membawa
kemajuan terutama kepada penduduk di luar bandar untuk keluar dari
kepompong kemiskinan," katanya.
Sumber: Utusan