PERLU BANTUAN LAMPIN SERTA SUSU



28perlu
KUALA KETIL 28 Januari - Sepasang suami isteri memerlukan bantuan susu dan lampin pakai buang bagi dua anak mereka yang mengalami masalah saraf dan sindrom down.
Hasnah Mohamed, 37, dari Kampung Tembak B berkata, anaknya Jamilah Yahya, 7, terlantar akibat masalah saraf sejak lahir.
“Bercakap pun Jamilah tidak boleh, dia hanya mampu bersuara ketika menangis kerana kelaparan atau mengantuk. Anak paling bongsu Mohd Farhan yang berusia tiga tahun pula mengalami menghidap sindrom down.
“Dengan pendapatan tidak seberapa hasil berniaga, agak sukar untuk kami menyediakan keperluan asas mereka. Perbelanjaan keduanya bagi susu dan lampin pakai buang berjumlah lebih RM300 untuk sebulan,” katanya di sini, kelmarin.
Difahamkan Jamilah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling sebanyak RM150 manakala Farhan menerima bantuan sebanyak RM120.
“Bantuan itu mengurangkan beban namun tidak mencukupi untuk menampung hingga hujung bulan.
"Dengan duit hasil berniaga itu juga saya dan suami tanggung tiga lagi anak masih bersekolah,” katanya.
Orang ramai atau badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin membantu boleh hubungi Hasnah Mohamed di talian 019-4365624.
Oleh : Muhammad Ammar Mubassyir
Sumber : Sinar