PENGHORMATAN BUAT HIJAU KUNING



24penghormatan
SHAH ALAM 24 Januari - Pendedahan perlawanan persahabatan tertutup menentang pasukan berkualiti dari Liga Super China, Hebei CF FC memberikan pengalaman berguna kepada pemain-pemain muda Kedah bagi menghadapi Liga Malaysia 2017.
Biarpun tewas 4-2 kepada skuad kendalian Manuel Pellegrini di Stadium Shah Alam, kelmarin, ia tetap memuaskan hati Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe kerana ia mampu meningkatkan moral pemain secara tidak langsung kerana diberi peluang menghadapi pasukan lebih berkualiti.
Bukan itu sahaja, pemilihan Juara Piala Malaysia 2016 itu sebagai lawan sempena siri jelajah kelab itu ke negara ini juga disifatkan sebagai satu penghormatan buat Hijau Kuning.
"Bukan mudah untuk menghadapi sesebuah pasukan berkualiti terutamanya dari Liga Super China yang kita ketahui kualitinya lebih tinggi berbanding Liga Super Malaysia namun bagi saya pendedahan itu lebih penting terutamanya kepada pemain- pemain muda," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Oleh : Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor
Sumber : Sinar