MAJLIS JAMUAN NEGERI



16majlis
ALOR SETAR 16 Januari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadiri Majlis Jamuan Negeri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-89 Sultan Kedah di Istana Anak Bukit di sini, hari ini.
Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba kira-kira jam 9 malam bersama Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah dan Sultanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah.
Turut berangkat hadir Raja Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badhlishah, Raja Puan Muda Kedah, Tengku Maliha Tengku Ariff, Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Datin Seri Hizam Awang Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din dan anggota EXCO kerajaan negeri turut menghadiri majlis itu yang dimeriahkan dengan kehadiran lebih 200 tetamu.
Terdahulu, Najib dan Rosmah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 3.45 petang untuk mengadakan lawatan kerja dua hari ke Kedah.
Sumber : Berita Harian