KELUARGA FAIZ UCAP TERIMA KASIH




    10keluarga
    JERLUN 10 Januari - Keluarga pemenang Anugerah Puskas Fifa 2016, Faiz Subri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengundi pemain kelahiran Ayer Hitam, Jerlun tersebut.
    Menurut ibunya, Saidah Ishak, 56, sokongan padu yang diberikan oleh rakyat di negara ini telah membantu anaknya untuk menewaskan dua lagi pencabar terdekat dari Brazil dan Venezuela.
    "Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana undi Faiz. Saya berharap apa yang diraih ini dapat membakar semangatnya untuk terus berusaha memburu banyak lagi kejayaan pada masa hadapan.
    Kami sekeluarga akan terus menyokong dan mahu dia melakukan yang terbaik dalam kerjayanya. Alhamdulilah ini rezekinya," katanya.
    Oleh : Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor
    Sumber : Sinar