GURU AGAMA TERIMA SUMBANGAN ZAKAT



1guru
ALOR SETAR 1 Februari - Seramai 5,014 guru agama negeri ini menerima sumbangan guru agama umumi bagi tahun 2017 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3,151 200.
Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Syeikh Ghazali Yaacob berkata, sumbangan terbabit diperuntukkan di bawah skim bantuan fisabilillah dan diberikan setahun sekali.
“Guru agama yang layak mendapat bantuan hari ini (semalam) terdiri daripada mereka yang mendapat tauliah dari Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dan mengajar di kawasan kampung.
"Sumbangan ini juga sebagai menghargai usaha mereka mengajar agama secara sukarela di kawasan kampung tanpa menerima apa-apa bayaran,” katanya, ketika program Penyampaian Sumbangan Guru Agama di Menara Zakat, semalam.
Katanya, penyampaian sumbangan diedarkan kepada lima daerah iaitu, Kota Setar, Padang Terap, Yan, Pendang dan Pokok Sena yang melibatkan seramai 1,718 penerima.
“Penerima lain akan diedarkan mengikut daerah masing-masing dan setiap penerima menerima bantuan sebanyak RM400 bagi suatu tempat mengajar,” katanya.
Sumber : Sinar