94 MANGSA MASIH DI PUSAT PEMINDAHAN



18mangsa
SUNGAI PETANI 18 Oktober – Sehingga jam lapan malam, seramai 94 mangsa dari 27 buah keluarga dilaporkan masih ditempatkan di empat buah pusat pemindahan melibatkan penduduk dari enam kampung di Kota Kuala Muda.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Leftenan Muda (PA) Azahar Ahmad berkata, antara pusat pemindahan yang dibuka termasuklah di Sekolah Kebangsaan Seri Kuala, Dewan Masjid Haji Yusof, Rumah Pengerusi JKKK Sungai Meriam dan Dewan Kampung Paya.
Kesemua pusat pemindahan yang dibuka 12 tengah malam 17 Oktober lalu masih lagi dibuka sehingga jam empat petang tadi.
“Kita masih memantau pergerakan ombak dan paras air laut selain menasihati penduduk agar sentiasa berjaga-jaga sekiranya menyedari berlakunya air pasang atau kejadian seumpama itu di sekitar kawasan terjejas,” katanya.
Oleh : Siti Zubaidah Zakaraya
Sumber : Sinar