SIK 17 Disember - Sebagai persediaan
menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Jeneri (SMKJ) turut mengadakan persediaan sebagai pecutan
akhir mereka.
Seramai 300 calon SPM termasuk 60 orang
waris mengikuti program Motivasi Perdana Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah 2014 Peringkat Daerah Baling/Sik di
Dewan SMKJ, semalam.
Pengerusi GPMS Kedah, Shamsul Bahar Rani
berkata, program ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar yang akan
menghadapi SPM pada tahun 2014. GPMS mengambil inisiatif bagi membantu
pelajar SPM untuk menambahkan keyakinan mereka ketika menghadapi SPM.
Menurutnya, GPMS mahukan pelajar-pelajar
berkenaan dapat menguasai teknik-teknik menjawab soalan dengan lebih
berkesan dan mahir. Dengan sebab itu, mereka turut diajar teknik-teknik
menjawab soalan dengan betul di samping motivasi dan ceramah berkenaan
bahayanya pengambilan daun ketum," katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Bina
Darulaman Berhad, Datuk Izham Yusoff ketika berucap pada majlis
perasmian itu berkata, ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk
mengetahui perkembangan anak-anak mereka.
Calon SPM, Muhammad Rashid Zainol
berkata, SPM adalah penentu untuknya untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Beliau telah bersedia untuk menghadapi SPM
dan harapan saya agar Allah memberikan kekuatan kepada saya dan
memudahkan usaha saya ketika menjawab soalan-soalan SPM.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid.
Sumber : UMTK