Oleh ABD RAZAK OSMAN
Mukhriz
Tun Dr. Mahathir (tengah) bersama dengan sebahagian penerima elaun JKKK
Peringkat Zon Selatan di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani,
Kedah, semalam. - Utusan/Abd. Razak Osman
SUNGAI
PETANI 24 Julai - Semua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) di negeri ini diminta berintegriti dan sanggup bekerja
secara lebih berhemah tanpa ada amalan pilih kasih terhadap penduduk di
kawasan masing-masing. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr.
Mahathir berkata, ia merupakan cara terbaik untuk memajukan masyarakat
desa melalui dasar-dasar baharu setelah diperkenalkan oleh kerajaan.
"Mereka
juga perlu berani menjawab sebarang prasangka buruk setelah disebarkan
oleh pihak tertentu kepada kerajaan, termasuk berkaitan cukai barangan
dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan di negara
ini, tidak lama lagi" katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap menyampaikan elaun kepada seramai 1,444
JKKK termasuk pengerusi dan setiausaha peringkat Zon Selatan di
Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani, di sini hari ini.
Menurutnya,
setiap komen rakyat melalui JKKK perlu disampaikan ke peringkat atasan
kerana ia boleh dijadikan panduan untuk membuat perubahan.
"Pemimpin
JKKK perlu menyusun strategi baharu di samping sanggup mengikuti
pelbagai kursus anjuran kerajaan negeri kerana mereka adalah ejen
transformasi di peringkat tempatan," katanya.
Seorang
penerima elaun, M. K. Sennivasan, 56, dari Kampung Cempedak, Jalan
Padang Lembu, Gurun berkata, tanggungjawab JKKK ketika ini banyak
berubah dan mereka perlu berbuat sesuatu agar masyarakat tidak
mempertikaikan tentang tugas yang dilakukan.
Sumber:Utusan