Norzieta
Zakaria menyampaikan sumbangan Bidara kepada warga Tionghua sempena
perayaan Tahun Baharu Cina 2014 di Lebuhraya Sultanah Bahiyah Alor
Setar, Kedah, kelmarin.
ALOR
SETAR 8 Februari - Golongan warga emas tidak sepatutnya dilabel sebagai
pembawa beban kepada mana-mana pihak sebaliknya perlu dilihat sebagai
aset penting negara yang mempunyai pelbagai keistimewaan untuk
dimanfaatkan dalam kehidupan masyarakat.
Isteri
Menteri Besar Kedah, Toh Puan Norzieta Zakaria berkata, keistimewaan
tersebut merangkumi pengalaman dan kepakaran dalam bidang tertentu yang
sekian lama diamalkan golongan berkenaan dalam memacu pembangunan negara
selama ini.
"Dari
segi teori, mungkin orang muda boleh mempelajari apa jua ilmu di
pusat-pusat pengajian tertentu tetapi perlu diingat, golongan warga emas
merupakan mereka yang terlebih dahulu menabur bakti kepada negara
sehingga membawa kita menikmati kesejahteraan sosial dan pembangunan
semalam.
"Sebahagian
mereka mempunyai pengetahuan luas dalam pentadbiran negara. Justeru,
generasi muda usah bongkak dan sombong apabila berdepan mereka kerana
khazanah ilmu mereka adakalanya tidak ternilai," katanya.
Beliau
berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Warga Emas sempena
Perayaan Tahun Baharu Cina di Rumah Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil
Rakyat, Isteri Bekas Wakil Rakyat dan Wakil Rakyat Barisan Nasional
Kedah (Bidara), di sini hari ini.
Pada
majlis itu, beliau yang juga Yang Dipertua Bidara menyampaikan bantuan
berupa angpau berserta barangan keperluan harian kepada 50 warga emas
kaum Cina dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga dan Gurun.
Beliau
dalam pada itu turut meminta masyarakat agar menjadikan kemusnahan dan
kerosakan yang berlaku di negara luar akibat persengketaan sesama
sendiri sebagai pengajaran oleh demi mempertahankan keamanan dan
keharmonian sedia ada.
"Di
dunia maya, terlalu banyak hal-hal perkauman disebarkan. Tetapi kita
tidak seharusnya terlampau cepat terpengaruh dengan segala bentuk
hasutan untuk memecah belah hubungan antara kaum di negara ini.
Sumber: Utusan