BADRUL
Hisham Hashim (dua dari kiri) bersama Mat Noh Ahmad (kiri) meninjau
keadaan jalan yang perlu dibaiki di Terminal Bas Shahab Perdana,
Mergong, Alor Setar, Kedah, semalam.
ALOR
SETAR 9 Februari - Pengguna diingatkan agar berjimat cermat menggunakan
air sepanjang tempoh musim kemarau yang melanda negeri Kedah.
Pengerusi
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga,
Perumahan dan Pembangunan Insan negeri, Badrul Hisham Hashim berkata,
tempoh musim kemarau pada tahun ini dijangka panjang, namun bekalan air
masih terkawal di negeri ini.
"Saya
nasihatkan pengguna agar berjimat cermat menggunakan air dan amalan
pembaziran sangat tidak digalakkan sepanjang musim kemarau ini.
"Setakat
ini, saya boleh pastikan keadaan masih terkawal dan kita sentiasa
bersedia untuk membekalkan air ke kawasan-kawasan yang menghadapi
masalah gangguan air," katanya selepas mengadakan lawatan mengejut ke
Terminal Bas Shahab Perdana di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah di sini hari
ini.
Yang turut hadir Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad.
Badrol
Hisham memberitahu, beliau juga mengarahkan Syarikat Air Darul Aman
(SADA) untuk menyewa lori tangki serta menempatkan lori tersebut di
setiap daerah di negeri ini sebagai persediaan menghadapi gangguan
bekalan air.
"Bagi
kawasan di kampung-kampung yang sering terjadi gangguan air pula, saya
arahkan SADA supaya menyediakan tong besar untuk mengisi air di situ,"
ujarnya.
Dalam
pada itu, ketika mengulas tentang masalah gangguan air yang sering
berlaku di kawasan Pokok Sena dan Kuala Nerang, Badrol Hisham berkata,
masalah tersebut berpunca daripada masalah tekanan air rendah di kawasan
tersebut.
"Kawasan
yang menghadapi gangguan air terletak di tempat yang tinggi dan mereka
hanya dapat bekalan air apabila waktu malam sahaja.
"Saya
telah memohon peruntukan dari kerajaan Pusat untuk membina loji air di
kawasan terlibat dan masih menunggu kelulusan peruntukan daripada
kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini," jelasnya.
Sumber: Utusan