ALOR
SETAR 8 Januari - Kerajaan negeri Kedah hari ini mengulangi
pendiriannya bahawa penggunaan kalimah 'ALLAH' adalah khusus untuk orang
Islam sahaja.
Menteri
Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pendirian itu selaras
dengan fatwa Kebangsaan dan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober
lepas yang memutuskan kalimah 'ALLAH' adalah eksklusif untuk umat Islam.
"Kerajaan
negeri menganggap penting untuk menyatakan pendirian ini secara jelas
bagi menghindari daripada sebarang perkara tidak diingini walau sekecil
mana pun.
"Hubungan
harmonis antara agama di Kedah sejak sekian lama meyakinkan kita bahawa
pendirian ini langsung tidak akan menimbulkan masalah kepada mana-mana
pihak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari
ini.
Setakat
ini, katanya kes berkaitan penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh penganut
agama lain agak terpencil, namun ketetapan perlu dibuat sebelum ia
menjadi serius.
"Saya sudah berbincang dengan rakan-rakan lain bahawa kita perlu buat kenyataan jelas (berhubung perkara ini)," kata Mukhriz.
Dalam
perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri bersetuju menubuhkan sebuah jabatan tadbir urus dan integriti
bagi memantapkan lagi pentadbiran negeri ini.
"Kedah
juga ingin mencontohi tadbir urus dan integriti tinggi yang
ditunjukkan oleh kerajaan Persekutan dan untuk itu, kita rasa sangat
sesuai sebuah jabatan baru ditubuhkan," katanya.
Beliau
berkata jabatan baru itu akan diketuai oleh seorang pegawai tinggi
bertaraf N54 atau JUSA manakala timbalannya pula akan dicadangkan oleh
pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Langkah
itu juga menujukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam soal tadbir urus
dan integriti selain berharap ia dapat mendedahkan punca kegiatan tidak
sihat seperti penyalahgunaan kuasa, katanya.
Sumber: Bernama