ROSLINDA HASHIM
ALOR
SETAR 14 Januari - Langkawi merupakan destinasi kegemaran Yang
di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah apabila bercuti dalam
negara, membuatkan sebuah istana dibina di pulau lagenda bagi kemudahan
baginda.
Setiausaha
Sulit Kanan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Datuk
Elmi Yusoff berkata, Bukit Malut dipilih sebagai lokasi istana berikutan
baginda amat cintakan alam semulajadi, terutama kawasan rimba yang
kehijauan.
“Tuanku
Abdul Halim sangat sukakan alam semulajadi yang hijau dan prihatin
dengan flora fauna, terutama haiwan dan baginda turut bercadang membuka
sebuah mini zoo di kawasan Istana Bukit Malut pada masa akan datang,”
katanya.
Menurutnya, Tuanku seorang yang penyayang kepada haiwan yang menghuni mini zoo di taman rimba di kawasan Istana Anak Bukit.
Baginda amat mengambil berat spesis haiwan dalam taman itu, antaranya burung, kuda dan rusa.
Haiwan
ini juga sangat jinak dan mendapat perhatian khas kerana baginda turut
menjaga kebajikan haiwan-haiwan itu secara pribadi.
Istana
Bukit Malut dibina di puncak Bukit Malut sebagai Istana Hinggap Rasmi
Sultan Kedah setaraf dengan pengisytiharaan Pulau Langkawi sebagai
Permata Kedah pada tahun 2008.
Pada
tanggal 27 November 2013, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri
Agong berkenan mencemar duli berangkat ke majlis persembahan kunci
Istana Bukit Malut.
“Sejak
istana itu siap dibina, baginda sudah bersemayam di situ untuk bercuti
walaupun proses melengkapkan kemudahan masih berjalan,” katanya.
Tuanku
Abdul Halim juga seorang peminat sukan terutama golf dan bola sepak,
malah merupakan peminat nombor satu pasukan Hijau Kuning sejak dahulu
lagi.
Pada tanggal 19 Januari ini, merupakan Hari Keputeraan baginda yang ke-86.
Sumber: Sinar