ALOR SETAR 14 Januari - Indeks jenayah di Kedah bagi tahun 2012 dan 2013 telah berjaya menurun sebanyak 13.62 peratus.
Ketua
Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, penurunan kadar jenayah itu
memberi satu kejayaan yang amat bermakna buat polis Kedah.
“Daripada
indeks tersebut, didapati kadar jenayah kekerasan telah dapat
dikurangkan sebanyak 6.64 peratus dan jenayah harta benda pula dapat
dikurangkan sebanyak 15.24 peratus pada tahun 2013.
“Pada
tahun ini, kita bandingkan pada waktu yang sama iaitu Januari 2013 dan
Januari 2014, statistik itu menunjukkan penurunan,” katanya pada sidang
media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, semalam.
Beliau
berkata, bagaimanapun, pihak polis masih perlu bekerja keras untuk
menangani dua kategori jenayah serius iaitu kecurian kenderaan dan pecah
rumah.
“Walaupun kadar jenayah menurun, tetapi kategori jenayah ini masih perlu diberi perhatian,” katanya.
Pada
perkembangan lain, Ahmad berkata, pada 9 Januari lalu, polis dari
bahagian narkotik telah berjaya menangkap dua individu kerana memiliki
dadah.
Beliau
berkata, hasil tangkapan itu, pihak polis telah merampas heroin seberat
900 gram dan syabu seberat 102 gram yang bernilai hampir RM30,000.
Pada masa sama, pihaknya juga telah merampas sebuah kenderaan bernilai lebih RM40,000 yang digunakan suspek.
Mereka
yang ditangkap akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya
1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan
kesalahan.
Sumber: Sinar