ALOR
SETAR 6 Januari - Kerajaan Kedah akan membantu Persatuan Pemaju
Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menjual lebih 200 unit rumah
kedai yang tidak terjual bernilai hampir RM100juta.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata ini berikutan permintaan masyarakat terhadap rumah kedai di negeri ini agak hambar berbanding rumah kediaman yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.
Beliau berkata ada rumah kedai yang siap dibina hampir 10 tahun tidak dapat dijual oleh pemaju bangunan komersial di bawah Rehda.
"Kerajaan negeri akan mengkaji kaedah yang sesuai bagi membolehkan lot rumah yang tidak terjual dapat dijual pada kadar harga yang berpatutan," katanya kepada pemberita ketika melawat Ekspo Pemilikan Hartanah Orang Melayu 2014 di sebuah pasaraya di sini hari ini.

Sumber: Bernama