Orang
ramai berpeluang melihat keunikan Pameran Lukisan 3D di pusat
beli-belah Star Parade, Alor Setar yang akan berlangsung selama dua
bulan.
ALOR
SETAR 23 Disember - Orang ramai kini berpeluang merakam gambar aksi
menarik berlatarbelakang 41 lukisan tiga dimensi (3D) sempena Pameran
Lukisan 3D di pusat beli-belah Star Parade dekat sini selama dua bulan
bermula Jumaat lalu.
Presiden
Kelab Lions Alor Setar (Penganjur), Dr. Cheng Joo An berkata, pameran
bergerak pertama di negara ini itu diadakan buat pertama kalinya di
bandar raya ini dan dijadualkan ke Pulau Pinang serta Kuala Lumpur pada
Februari dan Mac tahun depan.
"Buat
masa ini, kita sebagai penganjur mempunyai sebanyak 41 lukisan 3D yang
dilukis di atas kanvas oleh 22 pelukis 3D terkemuka dari China.
"Kepelbagaian
lukisan ini pasti menarik minat semua golongan usia terutamanya
kanak-kanak yang gemar menggayakan aksi tersendiri berlatarbelakangkan
lukisan seakan-akan hidup itu," katanya di sini semalam.
Menurut
Joo An, pameran diadakan bagi mengumpul dana sebanyak RM50,000 bagi
membiayai projek Klinik Mata Bergerak yang diperkenalkan kelab
berkenaan sejak 2007.
"Projek
klinik mata ini adalah bagi membantu murid-murid miskin yang menghadapi
masalah mata dengan cara menyumbangkan cermin mata secara percuma,"
jelasnya.
Tambahnya,
orang ramai yang berminat mengunjungi pameran itu boleh ke tingkat 4
pusat beli belah tersebut bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan
bayaran sebanyak RM15 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.
Sumber: Utusan