Oleh SAFINA RAMLI
MAT Noh Ahmad memotong riben tanda pelancaran kempen cabutan bertuah cukai pintu 2014 di Alor Setar, Kedah, semalam.
ALOR
SETAR 12 Disember - Lebih 80,000 pemilik harta di kawasan pentadbiran
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) berpeluang memenangi sebuah Proton
Saga SV sekiranya mereka melunaskan cukai pintu 2014 mulai Januari
depan.
Datuk
Bandar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, tawaran istimewa itu adalah
sempena kempen membayar cukai sedekad MBAS yang dilancarkan hari ini.
Katanya,
kempen itu berlangsung selama dua bulan bermula 1 Januari hingga 28
Februari depan dengan cabutan undi bagi mengetahui pemenang dijadual
dibuat pada minggu pertama Mac.
"MBAS
membuat perubahan drastik bagi menghargai pembayar cukai yang
menunaikan tanggungjawab dengan menawarkan hadiah lumayan kepada mereka.
"Pembayar
cukai perlu membayar sekaligus cukai tanpa sebarang tunggakan bagi
melayakkan mereka menyertai kempen itu," katanya dalam sidang akhbar
selepas melancarkan kempen itu di sini hari ini.
Menurutnya,
sebanyak 62 hadiah bernilai RM50,000 ditawarkan pihaknya kepada
pengguna yang menjelaskan kesemua cukai pintu mereka tanpa sebarang
tunggakan.
Tambahnya,
pembayar cukai dijangka menerima bil mereka bermula 24 Disember ini dan
tiada sebarang perubahan pada kadar cukai dengan jumlahnya adalah sama
seperti tahun lalu.
"Mereka
boleh menjelaskan cukai itu menerusi kaunter MBAS, institusi kewangan,
secara dalam talian, cek dan bank draf. Justeru tiada alasan bagi mereka
untuk mengelak membayar cukai," katanya.
Mat
Noh memberitahu, setakat 31 November lalu pihaknya sudah mengutip
RM26.2 juta cukai dan dijangka meningkat menjelang akhir bulan ini.
"Tahun
depan kita mensasarkan kutipan cukai sebanyak RM32.5 juta meliputi
RM24.7 juta cukai semasa dan RM7.8 juta kutipan tunggakan,'' katanya.
Sumber: Utusan