Mukhriz
Tun Mahathir berbangga dengan kecekalan Naimah Abdul Rashid terpaksa
bertongkat untuk naik ke pentas utama bagi menerima Diploma Akuantansi
(Perdagangan) di majlis Konvokesyen Ke- 13 Politeknik Seberang Perai di
Seberang Perai, Pulau Pinang, kelmarin.
BUKIT
MERTAJAM 8 September - Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd.
(KTPC), terus menerima suntikan pelaburan yang besar mencecah RM10
bilion berdasarkan persetujuan beberapa syarikat dari luar negara yang
mahu melabur di kawasan itu.
Menteri
Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, beberapa syarikat
dari luar negara telah bersetuju untuk membeli tanah-tanah di situ
seluas lebih 400 hektar bagi membina kilang masing-masing.
Perkembangan
ini merupakan sesuatu yang positif kerana KTPC berterusan menarik minat
pelabur dalam bidang teknologi tinggi seperti tenaga solar dan
elektrik. Ini sekali gus melonjak imejnya sebagai kawasan pelaburan
teknologi tinggi terbaik di negara ini," katanya.
Beliau
berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan upacara
menandatangani surat hasrat antara Politeknik Seberang Perai (PSP)
dengan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Kulim Technology Park
Corporation Sdn. Bhd .(KTPC), dan Tes Consultancy Sdn. Bhd., di sini
semalam.
Terdahulu,
Mukhriz turut menyempurnakan majlis konvokesyen ke-13 PSP yang
menyaksikan seramai 1,481 orang graduan menerima diploma manakala lima
lagi menerima sijil masing-masing.
Mengulas
lanjut, Mukhriz berkata, ketika ini kerajaan negeri sedang merangka
satu makmal transformasi bagi menarik lebih banyak pelaburan dalam
negeri (FDI) yang akan melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi Kedah dan
satu pengumuman penting mengenai makmal itu akan dibuat dalam masa
terdekat.
Mengulas
mengenai bidang pelaburan utama di KTPC, Mukhriz berkata, kawasan itu
masih memfokuskan bidang-bidang teknologi tinggi seperti semi konduktor,
tenaga boleh diperbaharui dan industri peranti farmaseutikal dan
perubatan.
Sementara
itu, Naib Presiden Bahagian Pembangunan Industri dan Penyelidikan KTPC,
Annuar Mohd. Saffar berkata, pelabur dari Jepun, Amerika Syarikat dan
Jerman terus menunjukkan minat menjadikan Kulim sebagai lokasi pelaburan
mereka.
Dijangkakan
lebih 9,000 peluang pekerjaan baharu akan turut ditawarkan. Ketika ini
sudah lebih 80 syarikat berada di situ dengan nilai pelaburan mencecah
RM30 bilion," katanya.
Sumber: Utusan