ALOR
SETAR 12 Ogos - Kerajaan Kedah menyasarkan untuk melatih 7,000 orang
kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) Kedah bagi membolehkan mereka berdikari.
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan negeri Aminuddin Omar berkata
kerajaan negeri sudah melantik konsultan daripada Universiti Teknologi
Mara bagi memberi kursus secara berterusan kepada OKU terbabit.
Latihan
akan diberi mengikut keupayaan mereka dan fasa pertama kursus akan
diadakan pada September ini, membabitkan OKU berusia bawah 40 tahun,
katanya kepada Bernama.
Perkembangan
peserta akan dipantau kerajaan negeri bagi memastikan mereka mampu
menyara diri, katanya. Mengulas pembinaan litar lumba di Kedah, beliau
berkata sebuah tapak sudah dikenal pasti di Kulim.
"Menteri
Besar Datuk Mukhriz Mahathir telah memberi arahan supaya pembinaan
litar itu dipercepatkan dan mencadangkan dibina di selatan Kedah kerana
jika diadakan kejohanan mudah dihadiri masyarakat Pulau Pinang dan Perak
kerana dekat," katanya.
Pembinaan
litar lumba itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak ketika mengadiri perhimpunan orang muda di sini pada Mac lepas.
Sumber: Bernama