ALOR SETAR 9 September - Kerajaan Kedah tidak berhajat mengeluarkan
kertas putih mengenai masalah Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) dan
anak syarikatnya, Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, audit forensik yang dibuat jelas menunjukkan kemelut yang berlaku dalam Insaniah dan IHSB.
Ketika ditanya perkembangan siasatan kemelut Insaniah berikutan cadangan wakil rakyat pembangkang dalam sidang Dun baru-baru ini agar kerajaan negeri mengeluarkan kertas putih berikutan banyak pendedahan salah tadbir dan penyelewengan dalam Insaniah dan IHSB semasa pakatan pembangkang memerintah, beliau berkata ia tidak perlu.
Mukhriz ditemui pemberita di sini hari ini selepas menyampaikan sumbangan peribadi dan zakat oleh Jabatan Zakat Negeri Kedah kepada 35 pelajar negeri ini yang akan melanjutkan pengajian di tiga buah universiti di Jordan.
Mengenai tindakan undang-undang, menteri besar berkata, kerajaan negeri akan melihat keperluannya kemudian.
"Sekarang belum perlu kerana kita menghadapi masalah dengan akaun anak-anak syarikat IHSB. Nak dapat penyata kewangan yang boleh diterima pun susah," kata Mukhriz.
Mengenai pelajar Kedah, beliau berkata, seramai 156 orang yang sepatutnya melanjutkan pengajian di Mesir menerima tawaran Kementerian Pendidikan untuk belajar di universiti tempatan termasuk Insaniah.
Di samping itu sebahagian besar pelajar Kedah di Mesir masih berada di negara bergolak itu atas sebab tertentu namun kerajaan negeri tetap memantau perkembangan mereka untuk dibawa balik sekiranya perlu, kata Mukhriz.
Mengenai Rektor Insaniah yang baharu, menteri besar berkata, seorang calon tempatan telah dipilih dan akan diumumkan apabila surat pelantikannya dikeluarkan dalam masa terdekat.
Beliau berkata, Kementerian Pendidikan telah bersetuju dengan calon itu yang akan bertanggungjawab memulihkan maruah dan martabat Insaniah dalam tempoh tiga tahun.
Terdahulu, ketika berucap kepada pelajar yang akan ke Jordan Rabu ini, Mukhriz menasihati mereka supaya menjaga hubungan baik Malaysia dengan negara tempat mereka belajar dengan tidak mencampuri urusan dalaman negara berkenaan.
"Jauhilah golongan penyebar ajaran Syiah dan politik yang tidak ada kena mengena dengan Malaysia. Belajarlah menjadi cemerlang," katanya.
Sumber: Bernama