RAIS
Yatim (kiri) melawat kawasan Kampus Al-Bukhary International Universiti
ketika mengadakan lawatan dan taklimat berkenan kolaborasi antara AIU
dan UIAM di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.
ALOR
SETAR 10 September - Penubuhan satu jawatankuasa kerja dicadangkan bagi
melihat peluang kerjasama antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) dan Al-Bukhary International Universiti (AIU), di sini.
Presiden
UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, penubuhan jawatankuasa itu akan
membolehkan pihak universiti melihat dengan lebih dekat apakah
perkara-perkara utama yang boleh dikongsi memandangkan ia bertaraf
antarabangsa.
"Terdapat
banyak faktor persamaan yang mendorong ke arah kerjasama itu. Lagi
cepat cadangan itu dimajukan kepada pihak terbabit, adalah lebih baik
bagi kedua-dua universiti dan negara," katanya kepada pemberita selepas
mengadakan lawatan ke AIU, di sini baru-baru ini.
Lawatan
berkenaan bertujuan melihat dengan lebih dekat kemudahan prasarana
serta kursus-kursus peringkat ijazah yang ditawarkan AIU.
Beliau
berkata, jalinan kerjasama antara universiti itu juga sekali gus mampu
menjana ke arah peningkatan kecemerlangan kedua-dua institusi pengajian
tinggi itu.
Rais
berkata, antara kursus-kursus yang boleh diadakan kolaborasi antara
UIAM dan AIU adalah Perbankan Islam, Perdagangan Islam, Tamadun Islam,
ICT dan Pengajian Komputer dan Pengajian Perniagaan.
AIU
mempunyai pelajar antarabangsa dari lebih 50 negara dengan hanya 20
peratus pelajarnya merupakan rakyat tempatan yang terdiri dalam kalangan
golongan miskin cemerlang dalam pelajaran.
Sumber: BERNAMA