
BALING
19 Julai - Peniaga-peniaga di bazar Ramadan diingatkan meningkatkan
kualiti makanan dan minuman yang dijual serta menjaga kebersihan makanan
dan persekitaran tempat perniagaan untuk menghindari sebarang penyakit.
Pegawai
Kesihatan Daerah Baling, Dr. Delima Kalsom Wahab berkata, operasi
dijalankan secara besar-besaran sepanjang bulan Ramadan di bazar sekitar
daerah ini untuk memastikan pengendali makanan mempunyai cukup syarat
dalam menjalankan perniagaan mereka.
"Operasi
dijalankan untuk memastikan pengendali makanan di bazar Ramadan dalam
keadaan bersih dan makanan yang dijual selamat serta memenuhi kehendak
undang-undang.
"Sebanyak
27 Pegawai Kesihatan Daerah Baling melakukan pemeriksaan secara
menyeluruh di lebih 100 buah bazar yang disediakan di tapak letak kereta
pekan Baling.
"Pemeriksaan
dilakukan pegawai-pegawai kesihatan Bahagian Teknologi Makanan dan
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan. Turut sama menjalankan
operasi tersebut ialah Bahagian Penguatkuasa Majlis Daerah Baling
(MDB)," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
Sumber: Utusan