LZNK PERKENAL BANTUAN KAIN KAPAN


16LZNK
ALOR SETAR 16 Januari - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) memperkenalkan bantuan set kain kapan bagi memudahkan pengurusan jenazah golongan tidak berkemampuan.
Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, skim penyediaan kain kapan berkenaan akan dilancarkan bermula Februari depan.
"Kita mengambil inisiatif memperkenalkan skim bantuan terbaharu demi memudahkan dan memastikan proses pengurusan jenazah dipercepatkan.
"Kita ada dapat maklumat keluarga miskin berdepan kesukaran untuk menguruskan jenazah ahli keluarga akibat tidak cukup wang," katanya ditemui selepas Majlis Pelantikan Penolong Amil daerah Kota Setar dan Kubang Pasu di sebuah hotel, hari ini.
Beliau berkata, usaha diambil LZNK diharapkan membantu meringankan beban dan tanggungjawab orang miskin berhubung kos urus jenazah.
Terdahulu, Zakaria menyerahkan watikah pelantikan kepada 120 penolong amil daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.
Oleh : Nurul Hidayah Hamid
Sumber : Sinar