GOLONGAN ILMUAN PERLU BIJAK


26golongan
YAN 26 Januari - Golongan ilmuan disarankan bijak menyantuni masyarakat dalam menyampaikan dakwah.
Kordinator Halaqah Ilmi Yayasan Dakwah Islam (Yadim) Zon Utara, Ahmad Fuad Ashari berkata, seharusnya dalam menyampaikan dakwah, golongan ilmuan perlu bijak menggunakan konsep mendidik.
"Jauhkan diri daripada menggunakan konsep menghukum kerana ia tidak akan menjayakan matlamat dakwah yang sebenar," katanya ketika berucap di program Muzakarah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berlangsung di Dewan Pejabat Agama Daerah Yan.
Menurut Ahmad, golongan ilmuan perlu prihatin akan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat.
"Kebanyakan mereka kini suka menularkan apa jua isu dan masalah di dalam laman sosial, oleh itu golongan ilmuan perlu peka akan arus kemodenan masa kini," katanya.
Ahmad berkata, dakwah secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Sunnah Nabi amat diperlukan pada masa kini.
Muzakarah berkenaan dihadiri 100 imam daerah Yan dan Penggiat Agama yang bertujuan untuk menerapkan kefahaman berkaitan ahli sunnah wal jamaah dan juga kepentingan dakwah kepada ummah.
Hadir sama, Eksekutif Kanan Yadim Yusuff Ahmad.
Oleh : Norjuliana Yaacob
Sumber : Sinar