EXCO BANTU PERSEKOLAHAN TUJUH BERADIK


6exco
SUNGAI PETANI 6 Januari - Sesi persekolahan tahun 2018 sudah pun bermula sejak empat hari lalu, tujuh beradik daripada sebuah keluarga tidak dapat menyambung pembelajaran disebabkan masalah kewangan dihadapi oleh ibu-bapa mereka, sejak dua bulan yang lalu.
Tujuh beradik berkenaan adalah Ahmad Aiman Afif Mohamad, 15, Nur Fatin Nazihah, 13, Ahmad Aflin Alif, 11, dan Ahmad Mukriz Amin, 10, kedua-duanya berstatus OKU, Nur Mimie Qairunisa, 9, Nur Adiya Afifi, 7, dan Puteri Damia Qaleysha, 6.
Exco Pendidikan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, beliau tampil untuk membantu tujuh beradik berusia 7 tahun hingga 15 tahun bagi kembali ke sesi persekolahan baru, secepat mungkin.
"Saya difahamkan terdapat sebuah keluarga berdepan dengan masalah kewangan sampai tidak dapat menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Ayah mereka, Mohamad Saad, 39, merupakan tentera yang berpangkat koperal, tetapi kini dia tidak hadir ke tugas, sejak dua bulan lalu.
"Ibunya hanya suri rumah,Rosilawati Josuf, 36. Daripada jumlah lapan beradik berusia enam hingga 15 tahun, dua daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU) fizikal dan pembelajaran,"katanya, ketika kepada media ketika menyampaikan bantuan di rumah mereka di Taman SP Height, di sini, hari ini.
Menurutnya, daripada maklumat diterima, beliau merujuk kepada jabatan yang terlibat untuk mencari jalan untuk membantu keluarga berkenaan khususnya anak-anak mereka kembali ke sekolah.
"Daripada hasil maklum balas, saya mendapati Mohamad mempunyai masalah bayaran balik pinjaman perumahan yang tertunggak. Punca dari situ, semua bermula sehingga tidak dapat membeli kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.
"Saya turut meminta pihak Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PDD) menguruskan hal pendaftaran persekolahan. Dalam masa, saya juga berbincang dengan PPD untuk dua beradik kini berada di sekolah menengah ditempatkan di sekolah asrama penuh,"katanya.
Selain bantuan dihulurkan oleh Tajul Urus, turut sampaikan sumbangan wang tunai RM300 Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sedikit kewangan daripada PPD.
Oleh : Gokina Morganan
Sumber : Sinar