PM ZIARAH PENOREH SAMPAIKAN KIT BARAKAH


1PM
POKOK SENA 1 November - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menziarahi dan menyampaikan kit Bantuan Rakyat Barakah kepada penoreh getah, Mansor Salleh, 60 di sini hari ini.
Beliau tiba kira-kira pukul 4 petang dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.
Yang turut mengiringi beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin.
Dalam lawatan tersebut, beliau sempat meninjau keadaan rumah milik penoreh tersebut.
Selepas menyampaikan sumbangan, Najib bergerak ke Dataran Keda untuk hadir program bersama rakyat sempena bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil.
Terdahulu, Najib meluangkan masa hampir sejam meninjau Loji Rawatan Air Pokok Sena yng bernilai RM68 juta yang dijangka siap 15 November ini.
Oleh : Zulqurnain Othman
Sumber : Utusan