BERI JAMINAN KOMITED BANGUNKAN KEDAH


1beri
ALOR SETAR 1 November – Kerajaan memberi jaminan akan berterusan melaksanakan pelbagai usaha ke arah membangunkan ekonomi negeri ini demi kesejahteraan penduduknya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu jelas melalui pelbagai insentif dan projek baharu yang diumumkan ketika membentangkan Bajet 2018, Jumaat lalu seperti Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam yang merangkumi Zon Perindustrian Bebas dan Pusat Kanser di Sungai Petani.
“Bajet 2018 sediakan asasnya, banyak rancangan yang jelas kita nak buat seperti Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam, kita nak hubungkan kawasan itu sampai ke selatan.
“Jadi eksport dari negara Thailand, kita turunkan melalui pelabuhan di Pulau Pinang um­pamanya, jadi kita untung. Tempat-tempat lain pun ada yang kita nak lakukan.
“Segala aspirasi jadi kenyata­an, banyak lagi program kita akan buat. Kedah akan tetap kita perjuangan sebagai negeri penting dan lebih maju di bawah kerajaan yang ada sekarang,” katanya ketika berucap dalam majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Kedah di pekarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini, hari ini.
Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah serta barisan Exco kerajaan negeri.
Sementara itu Najib berkata, pihaknya juga berjanji untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini.
“Masalah air di negeri ini insya-Allah saya akan selesaikan, mesti selesai tak lama lagi. Pesawah, saya dok fikir macam mana nak bantu dan kita bagi RM200 setiap bulan.
Sumber : Utusan