SERIBU LANGKAH UNTUK GAYA HIDUP SIHAT


27langkah
YAN 27 Oktober - Sekolah Kebangsaan Kampung Setar mengadakan program berjalan 1,000 langkah dari sekolah ke Air Terjun Seri Perigi, baru-baru ini.
Penolong penyelaras program, Farihan Nazri berkata aktiviti ini diadakan bagi membolehkan murid mengamalkan gaya hidup sihat dalam diri mereka.
"Kebanyakan kanak-kanak ketika ini lebih gemar menghabiskan masa mereka bersama gajet.
"Oleh itu, aktiviti seperti ini membolehkan murid menghayati keindahan alam semula jadi," katanya.
Katanya, program sebegini juga membantu murid untuk membentuk jati diri mereka.
"Selain dapat meluangkan masa bersama kawan di tempat yang berbeza iaitu bilik darjah, program sebegini mampu memberi kesan postif dalam diri murid," katanya.
Oleh : Norjuliana Yaacob
Sumber : Sinar