PERKASA BIDANG GUAMAN SYARIE


3perkasa
ALOR SETAR 3 Oktober - Kulliyyah Syariah dan Undang-undang Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dengan kerjasama Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menganjurkan Seminar Psikiatri dan Perundangan sebagai satu usaha memperkasakan bidang guaman syarie.
Seramai 250 peserta yang terdiri daripada kalangan kakita­ngan jabatan agama, wakil jabatan kerajaan dan institusi swasta, wakil institusi pengajian tinggi, kakitangan dan mahasiswa Kuin menyertai seminar yang berlangsung di Dewan Eksperimen Kuin Kuala Ketil di Baling, baru-baru ini.
Yang turut hadir ahli dan pimpinan Kelab Peguam Muda Jordan dan Mesir.
Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan tokoh perundangan dan psikiatri antaranya ialah pakar psikiatri, Yusmawati Abdullah, Setiausaha PPMM Ridha Abdah Subri dan Pakar Rujuk Khas Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Abdul Walid Abu Hassan.
Lebih bermakna pada akhir seminar, sesi menandatangani memorandum persefahaman an­tara Kuin dan PPMM diadakan sekali gus membuka kerjasama dua hala untuk memajukan bidang kehakiman dan guaman syariah dari sudut akademik dan praktis.
Perjanjian ditandatangani Rektor Kuin, Prof. Datuk Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti dan Pre­siden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
Kuin di bawah Kulliyyah Syariah dan Undang-undang menawarkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Diploma Pascasiswazah Kehakiman dan Guaman Syarie.
Oleh : Jamliah Abdullah
Sumber : Utusan