PENDUDUK LEGA DAPAT AIR TELAGA TIUB



17penduduk
MERBOK 17 Julai – Seramai 760 orang penduduk di Kampung Sungai Gelam Mukim Bujang di sini menzahirkan perasaan gembira dengan terlaksananya Projek Air Telaga Tiub oleh Maj­lis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) di Kampung itu, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kese­lamatan Kam­pung (JKKK), Abdullah Sani Mohd. Nayan berkata, penghuni di 160 buah rumah di kawasan tersebut sebelum ini menghadapi pelbagai masalah men­dapatkan bekalan air bersih yang terlalu bergantung kepada loji air di Tupah.
“Langkah diambil MPSPK menerusi tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) bagi membina Air Telaga Tiub di sini cukup bermakna bagi kami.
“Sekarang penduduk di kawasan ini tidak payah lagi me­nunggu lori Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd (SADA) menghantar air. Kami kini boleh mengambil air di telaga tiub tersebut sebanyak mana yang diperlukan,” katanya sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 di kampung tersebut, dekat sini baru-baru ini.
Projek telaga tiub tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di kawasan ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, kerajaan perlu membelanjakan kira-kira RM 200 juta bagi membaiki sistem bekalan air di kawasan ini.
“Sementara pro­ses pembaikan itu dilaksa­nakan, projek te­laga tiub se­perti ini akan membantu menyelesaikan masalah kekurangan air dihadapi penduduk buat sementara waktu.
“Saya difahamkan selepas ini terdapat beberapa lagi projek telaga tiub akan dilaksanakan iaitu di Kampung Batu Hampar, Pekan Sebelah, Kubang Bemban dan Bendang Dalam,” katanya.
Sumber : Utusan