KUBANG PASU 11 September - Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Anak Bukit untuk mengelakkan berulangnya kembali kejadian banjir besar di negeri ini dijangka siap menjelang November tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrulhisham Hashim berkata, projek menelan kos hampir RM1 bilion itu akan dilaksanakan secara tiga fasa melibat kawasan seluas 30 kilometer (km).
Beliau berkata, projek berkenaan juga dijangka dapat mengatasi bencana banjir besar di beberapa kawasan berisiko terutamanya Alor Setar, Kubang Pasu dan Pendang.
“Lawatan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ini untuk meninjau kemajuan projek RTB Sungai Kedah, Anak Bukit di dua fasa iaitu RTB Sungai Tanjung Pauh yang dibina hingga ke terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (fasa kedua) dan RTB Lencongan Sungai Baru (fasa ketiga). Saya lihat projek ini berjalan lancar.
“Kita mengambil kira apa yang berlaku di Kelantan serta sesetengah negeri lain yang berlaku banjir dan yakin apabila projek ini siap sepenuhnya menjelang November tahun depan,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat tapak pembinaan RTB Sungai Tanjung Pauh dan RTB Lencongan Sungai Baru di sini semalam.
Yang hadir sama, Timbalan Pengarah JPS negeri, Ir. Baharuddin Abdullah.
Pada masa sama, Badrulhisham berkata, perbincangan berhubung pemberian pampasan sebanyak RM42,000 kepada setiap 450 lot rumah yang terlibat dengan pengambilan tanah rizab sungai untuk projek RTB telah dijalankan dengan pihak berkaitan.
Tambahnya, notis berhubung perkara tersebut telah diberikan dan diharap jumlah pampasan berkenaan dapat membantu penduduk yang terlibat.
“Projek RTB ini harus diteruskan demi kepentingan masyarakat keseluruhannya, oleh itu, penduduk yang terbabit perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada JPS dan kontraktor untuk menyiapkan projek ini mengikut jadual ditetapkan,” katanya.
Sementara itu, Baharuddin berkata, fasa satu projek berkenaan yang membabitkan RTB Sungai Kubang Rotan telah siap tiga tahun lalu, manakala fasa dua di RTB Lencongan Sungai Baru dijangka siap pada Mei tahun hadapan dengan proses kemajuan terkini sudah 14 peratus.
“Fasa tiga RTB Sungai Tanjung Pauh pula, dijangka siap menjelang November tahun hadapan dengan kini mencapai tahap siap sebanyak 18 peratus.
“Bagi RTB Sungai Kerian kini masih dalam peringkat pembinaan membabitkan Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kita sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan projek ini siap mengikut jadual,” katanya.

Sumber : Utusan