ALOR
SETAR 13 April – Kerajaan Negeri mengiktiraf sumbangan seluruh
masyarakat Siam dalam usaha mereka membangun dan memajukan negeri ini.
Menteri
Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, berikutan
itu, pihaknya berharap masyarakat Siam akan terus mendokong dan
menyokong usaha Kerajaan dalam memacu transformasi ke arah menjadikan
Kedah sebuah negeri yang aman makmur.
“Pada
masa sama, Kerajaan Negeri akan berusaha membantu memajukan dan
membangunkan masyarakat Siam dalam semua bidang,” katanya dalam
kenyataan media sempena menyambut Pesta Songkran 2014.
Menurutnya,
diharap kedatangan tahun baru ini menyemarakkan semangat dan memberi
sinar baharu kepada seluruh masyarakat Siam di Kedah.
Sumber:UMTK