MANFAATKAN E-TUTOR



10manfaat
SUNGAI PETANI 10 Jun – Pelajar sekolah di negeri ini dinasihatkan agar memanfaatkan sepenuhnya program tuisyen dalam talian, e-Tutor yang disediakan secara percuma oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan mutu pembelajaran masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Kerja Raya, YB. Dato’ Tajul Urus Mat Zain berkata, pelbagai maklumat berkaitan subjek pembelajaran di sekolah boleh diperoleh dalam portal berkenaan bagi menjana ilmu.
“Pelajar sekolah termasuk sekolah agama boleh mendapatkan pelbagai maklumat terkini dalam bidang pendidikan, termasuk sejarah negara dengan melayari laman www. Kedah – etutor.com,” ujarnya ketika merasmikan Program Idul Ilmi Maktab Mahmud Merbok.
Menurutnya, portal berkenaan yang dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir baru-baru ini dijangka memanfaatkan lebih 280,000 pelajar di negeri ini dari tahun lima di peringkat sekolah rendah sehingga tingkatan lima bagi sekolah menengah.
“Ibu bapa dinasihatkan agar mengambil berat tentang aktiviti anak masing-masing. Kurang pengawasan boleh menyebabkan mereka terjebak dengan kes-kes penyalahgunaan najis dadah, minum air daun ketum dan lainnya,” jelasnya.
Sumber : UMTK