JALAN SMK BUKIT KIARA DIJANGKA SIAP 2015



15jalan
SUNGAI PETANI 15 Jun – Pembinaan jalan baru berdekatan Flat Paya Nahu, Taman Ria Jaya menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kiara, Kuala Muda sejauh kira-kira satu kilometer dijangka siap pada Jun 2015.
Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Kerja Raya, YB. Dato’ Tajul Urus Mat Zain berkata, pembinaan jalan itu akan memberi kemudahan kepada warga sekolah dan penduduk sekitar.
“Pelbagai aduan daripada penduduk dan pihak sekolah saya terima mengenai pembinaan jalan itu yang dikatakan lewat sedangkan pembinaan sekolah sudah lama disiapkan tetapi pembinaan jalan ke sekolah itu masih belum siap. Perkara ini perlu diberi perhatian serius,” ujarnya kepada pemberita selepas membuat tinjauan kerja pembinaan jalan berkenaan.
Menurutnya, projek pembinaan jalan itu menelan kos hingga mencecah RM3.68 juta. Apabila projek berkenaan lambat disiapkan, tentu ada pelbagai rungutan. Walaubagaimanapun, pihaknya berpuas hati kerana pemaju dan pihak berkaitan turut bersetuju memberi jaminan untuk menangani masalah itu dengan secepat mungkin.

“Jika dapat disiapkan pada Jun nanti, ia bakal memberi kemudahan kepada orang ramai, termasuk anak-anak penduduk ke sekolah berkenaan. Beberapa kerja-kerja tambahan perlu juga dilakukan termasuk menyiapkan longkang besar dan lain-lain di kawasan itu,” jelasnya.
Sumber : UMTK