ALOR SETAR 5 Febuari – Gua Gunung Keriang akan disenaraikan sebagai 
salah satu lokasi pelancongan menarik dalam kalendar Tahun Melawat Kedah
 2016.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, 
Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, YB. Dato’ Mohd Rawi  Abdul Hamid 
berkata, Kerajaan Negeri kini giat membangunkan semula kawasan itu.
“Sebagai permulaan, kita akan melantik kontraktor yang menyelenggara 
lif baharu dibina berdekatan pintu masuk ke gua berkenaan. Lif setinggi 
bangunan tujuh tingkat itu dibina sebagai tarikan orang ramai berkunjung
 ke gua itu,” katanya kepada pemberita pada Program Jelajah Gua Gunung 
Keriang.
Menurutnya, lif tersebut telah siap sepenuhnya, Cuma Kerajaan Negeri 
akan menilai kontraktor yang mempunyai pengalaman untuk memulakan 
operasi lif itu dalam masa terdekat.
“Keunikan gua itu ialah terdapat batu Kristal yang mempunyai nilai 
yang tinggi dan masih boleh dilihat orang ramai sehingga kini. Kita 
sedang mengambil contoh negara China di mana mereka menggunakan 
pencahayaan yang baik untuk mencantikkan batu Kristal yang terdapat di 
dalam gua itu,” jelasnya.
Tambahnya, Kerajaan Negeri akan memperbanyakkan aktiviti di kawasan 
itu yang menjadi tumpuan orang ramai dalam usaha menjadikan gua Gunung 
Keriang sebagai salah satu produk pelancongan di Negeri Kedah.
Sumber : UMTK
