KULIM 7 Mei – Sasterawan Negara (SN) Allahyarham Dato’ Dr Usman Awang menjadi sumber inspirasi kumpulan Jiwa Hamba pada Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Dewan Bandaran Kulim, di sini sekaligus dinobatkan sebagai johan.
Jiwa
Hamba yang juga mengambil nama sempena judul karya Usman Awang
menampilkan persembahan menarik, disusuli lakonan hebat mengenai
sasterawan terbabit dengan menyorot kejayaan dan sumbangannya.
Kumpulan
yang mewakili Daerah Padang Terap dan dianggotai oleh Mohd Zulkamal
Ismail, Mohamad Shafizal Ghazali dan Muzaffar Awang, berjaya menambat
hati juri dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000.
Tempat
kedua pula disandang Pasukan Catra dari Daerah Kuala Muda selepas
mempersembahkan karya yang menyorot kejayaan ahli perniagaan wanita
negara kelahiran Negeri Jelapang Padi itu, Dato’ Maznah Hamid yang turut
dikenali sebagai The Iron Lady.
Kumpulan
yang dianggotai penuntut Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH)
Sungai Petani, dianggotai oleh Norasyikin Zulkarnain, Alia Munira
Suhaimi dan Marbella Justin serta membawa pulang hadiah wang tunai
sebanyak RM2,000.
Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, YB. Chua Teong Gee.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Normah Ramli.
Sumber: UMTK