ALOR
SETAR 15 Mei – Kedah memiliki persekitaran mesra pelabur apabila
mencatat pertumbuhan pelaburan memberangsangkan sebanyak RM4 bilion
dalam sektor pengeluaran bagi tempoh suku pertama tahun 2014.
Pertumbuhan
itu secara tidak langsung membantu melonjak kedudukan Kedah dari tangga
ketujuh keseluruhan pada tahun lalu, ke kedudukan kedua pada suku
pertama tahun ini selepas Sarawak.
Menteri
Besar, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, pertumbuhan
itu disumbangkan melalui sektor fabrikasi wafer di Taman Teknologi
Tinggi Kulim serta farmaseutikal yang menunjukkan peningkatan mendadak
sepanjang Januari hingga Mac 2014.
Menurutnya,
bagi suku pertama tahun 2014, Sarawak mencatat nilai pelaburan
tertinggi dalam sektor pengeluaran dengan rekod RM8.26 bilion, diikuti
Kedah (RM4 bilion), Selangor (RM1.9 bilion), Johor (RM1.29 bilion) dan
Pulau Pinang (RM831 juta).
“Prestasi
baik ini turut membabitkan pelaburan baharu dalam sektor fabrikasi
wafer dan farmaseutikal selain pembesaran kilang sedia ada, sekaligus
membuktikan Kedah menjadi destinasi pelaburan diminati pelabur asing dan
tempatan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO) di Wisma Darul
Aman, di sini.
Sumber: UMTK