ISMAIL
Sabri Yaakob (kanan) bertukar pandangan dengan sekumpulan nelayan
tempatan yang menjalankan projek ternakan gamat di Teluk Yu Mukim Ayer
Hangat Langkawi, Kedah, baru-baru ini.
LANGKAWI
16 April - Gamat atau nama saintifiknya Holothuria Scabra merupakan
antara hidupan laut yang sinonim dengan Pulau Langkawi.
Tidak
sah percutian di pulau legenda itu tanpa membawa pulang sebotol air
atau minyak gamat yang dipercayai membantu mempercepatkan penyembuhan
luka selepas bersalin, melegakan sakit sendi dan otot malah gamat juga
dipercayai dapat mengembalikan tenaga.
Namun
ramai di antara kita tidak tahu, produk gamat di Langkawi semakin
berkurangan dan bekalan gamat yang diperoleh oleh pengusaha gamat
diambil dari Thailand.
Menyedari
ternakan gamat mempunyai potensi besar untuk dimajukan bagi
meningkatkan pendapatan nelayan serta memulihara sumber gamat di
Langkawi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memulakan projek
ternakan gamat di Teluk Yu, Mukim Ayer Hangat di sini dengan penglibatan
38 para nelayan tempatan di dalam projek itu.
Projek
ternakan gamat itu dilaksanakan melalui kerjasama antara Kementerian
Pertanian dan Indsutri Asas Tani (Jabatan Perikanan), kerajaan negeri,
kumpulan nelayan melalui Kumpulan Pengurusan Ekosistem Perikanan (KPeP)
dan syarikat swasta.
Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang
melawat tapak projek ternakan gamat di Teluk Yu di sini baru-baru ini
yakin projek tersebut mampu menjana pendapatan baharu kepada nelayan di
Langkawi.
Sebanyak
tiga kawasan di pulau itu terpilih untuk menjadi lokasi pusat ternakan
gamat iaitu Teluk Yu, Kuala Temoyang dan Pulau Tuba di mana kawasan
Teluk Yu dipilih menjadi projek perintis.
Katanya,
projek tersebut juga akan mempopularkan pulau itu sebagai salah satu
pusat pengeluaran gamat terbaik di dunia dan kawasan ternakan gamat itu
bakal menjadi salah satu produk produk pelancongan terbaru di Pulau
Langkawi.
Gamat
yang dihasilkan di Pulau Langkawi ini terbukti antara yang terbaik
berdasarkan ekosistem dan keadaan air laut yang bersih di sini.
Objektif
projek ini adalah menambah pendapatan nelayan melalui aktiviti ternakan
dan pemprosesan gamat, memulihara sumber gamat dan menjadi produk
pelancongan di sini," katanya.
Bagi
Pengerusi KPeP, Zainon Bakar, projek ternakan gamat di Teluk Yu itu
membuka satu peluang untuk para nelayan yang menjadi ahli KPeP menambah
pendapatan sehingga mencecah empat angka sebulan.
Gamat ini diternak di dalam sangkar dan anak-anak benih gamat dibiarkan matang sehingga lapan bulan sebelum dituai hasilnya.
Penternakan
gamat ini lebih mudah kerana ia tidak perlu diberi makan seperti
ternakan ikan kerana gamat memakan haiwan kecil di dalam laut, para
penternak hanya perlu menjaga sangkar mereka sahaja," katanya.
Zainon
memberitahu, ramai nelayan berminat untuk menyertai projek berkenaan
kerana mereka menyedari prospek masa depan gamat yang cerah.
KPep
mempunyai 58 orang ahli dan untuk fasa pertama projek ini seramai 38
orang nelayan terpilih untuk menyertainya.Selepas ini lebih ramai
nelayan di kawasan Teluk Yu akan menyertai projek ternakan gamat di
sini," jelasnya.
Salah
seorang peserta muda dalam projek tersebut, Mohd. Faiz Tamam, 21,
berkata, dia bersyukur kerana terpilih untuk menyertai projek itu yang
mampu menjana pendapatan tambahan untuk ahli KPeP.
Dahulu di kawasan ini banyak gamat hidup namun kerana diambil secara berlebihan lama kelamaan gamat hampir pupus.
Saya
memang berminat untuk menyertai projek ini kerana hasil jualan gamat
yang lumayan dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada
pengusaha gamat di sini," katanya.
Sumber:Utusan