Oleh Nazarrudin Idris
Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah
ALOR
SETAR 23 April - Institusi pengajian pondok disarankan agar membuka
pintu kepada agensi latihan kemahiran bagi mempelbagaikan cabang ilmu
yang boleh dipelajari kepada pelajar-pelajar di situ.
Menteri
Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, langkah itu perlu
diambil untuk membantu melonjakkan potensi institusi berkenaan terutama
dalam menyediakan nilai tambah dari segi aspek kemahiran kepada warga
pondok.
Beliau
berkata, cadangan itu bukannya bertujuan untuk merendahkan pendidikan
Islam itu tetapi menyahut seruan agama agar umat Islam kaya dengan
segala ilmu yang ada.
Ilmu
agama adalah tumpuan, namun ilmu-ilmu bersifat keduniaan juga wajar
dipentingkan. Gabungan ilmu sememangnya dituntut oleh agama.
Ummah
yang mantap didikan agama Islamnya dan kaya pula dengan pelbagai
kemahiran sudah pasti tidak mudah diperkotak-katikkan, sebaliknya
dihormati, disegani dan disanjungi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Dewan Seri Mentalon di sini hari ini.
Menurut
Mukhriz, hubungan antara pihak pemerintah dengan institusi pengajian
pondok perlu terjalin dengan akrab melalui perbincangan bersama untuk
memastikan institusi ini dapat memainkan peranan dalam memperkasa ilmu
Islam.
Pihak
kerajaan akan sedaya upaya berusaha membantu institusi ini dalam
pelbagai aspek yang difikirkan sesuai demi masa depan kita bersama,"
katanya.
Tambah
beliau, kerajaan negeri telah merangka beberapa usaha untuk
memartabatkan institusi pondok pada tempat sewajarnya termasuk pelan
jangka pendek melibatkan pemberian elaun guru pondok sebanyak RM2,000
sebulan.
Program
ini telah dijalankan sejak Januari tahun ini dengan melibatkan 11
pondok. Selain itu, kerajaan negeri turut memberi wakaf kitab sebanyak
RM20,000 setahun kepada 11 pondok tersebut.
Strategi
berikutnya adalah untuk menyelaras kurikulum pembelajaran di pondok
agar selaras dan seragam dengan sukatan pelajarannya, bersesuaian
tuntutan semasa. Ini akan diselia oleh Jabatan Agama Islam Negeri
Kedah," jelasnya.
Sumber:Utusan