SURAYA
Yaakob melihat pokok dan buah kelapa matag selepas merasmikan Kursus
Pengurusan Perosak dan Musuh Tanaman Kelapa 2014 di Pusat Pertanian ban
Merbok, Jalan Segantang Garam, Merbok, Kedah, baru-baru ini.
SUNGAI
PETANI 23 April - Pengeluaran kelapa matag dan pandan di Kedah boleh
dipertingkatkan jika pengusahanya membuat pemantauan tentang serangan
kumbang perosak, Rhynchophorus Ferrugineus yang menjejaskan tanaman itu
sejak kebelakangan ini.
Pengerusi
Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani negeri, Datuk Suraya Yaakob
berkata, semua pihak termasuk pegawai pengembangan Jabatan Pertanian
perlu serius jika ingin melihat bidang itu terus berkembang maju.
Katanya, tanaman pokok kelapa matag dan pandan seluas 1,900 hektar ketika ini tidak mencukupi dan perlu diperluaskan lagi.
Mulai
tahun depan, kita mahu memastikan tambahan seluas 40 hektar tanaman
pokok kelapa matag dilakukan secara serius," katanya ketika merasmikan
Kursus Pengurusan Perosak dan Musuh Tanaman Kepala 2014 yang dihadiri 40
kakitangan Jabatan Pertanian negeri, Perlis dan Pulau Pinang di Pusat
Pertanian Ban Merbok Jalan Segantang Garam Merbok di sini semalam.
Yang
turut hadir, Timbalan Pengarah Seksyen Tanaman Industri Jabatan
Pertanian Malaysia, Zabind Dun dan Pengarah Pertanian negeri, Ismail
Salleh.
Menurut
Suraya, Kedah mampu menjadi pengeluar kelapa matag dan pandan yang
berkualiti jika semua pihak terlibat berjaya membawa transformasi
tersebut dengan kaedah betul.
Pada masa ini, tiga daerah dipilih untuk projek tanaman kelapa matag iaitu Kuala Muda, Langkawi dan Padang Terap.
Salah
seorang peserta, Nor Hafizah Abdul Rahman, 37, dari Jabatan Pertanian
Daerah Kuala Muda berpendapat, langkah diambil oleh pihak berkenaan bagi
mengadakan kursus tersebut adalah baik sekali.
Apabila
kakitangan lebih memahami secara jelas kaedah menanam pokok kelapa
matag dan pandan, mereka dapat sampaikan perkara itu kepada petani
dengan mudah," katanya.
Pegawai
Pertanian Daerah Langkawi, Mohd. Reduan Ahmad pula berkata,
memperbanyakkan tanaman kelapa matag dan pandan boleh melahirkan
industri pengeluaran minyak kelapa dara, nira kelapa dan jeli kelapa
untuk keperluan tempatan.
Sumber:Utusan