GURUN
15 Februari - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berjaya membina
1,259 unit rumah baharu menerusi konsep Rumah Mampu Milik (RMM) di
negeri ini menerusi tiga projek bermula 2007 sehingga kini.
Pengerusi
SPNB, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, antara projek itu adalah
fasa pertama Taman Universiti Jaya di Kuala Muda yang merangkumi 421
buah unit.
Menurutnya,
projek kedua melibatkan 479 unit di Taman Kulim Utama, Padang China di
Kulim dan berjaya mendapat sijil layak menduduki pada Januari tahun
lalu.
"Projek
ketiga di Taman Permai Utama Fasa Pertama di Jalan Jeniang. Sebanyak
359 disiapkan dan kunci akan diserahkan," katanya dalam Majlis
Penyerahan Kunci Fasa Pertama dan Pendaftaran Pembelian Fasa Kedua
Projek Taman Permai Utama yang disempurnakan Menteri Besar Kedah, Datuk
Seri Mukhriz Mahathir di sini kelmarin.
Abdul
Latiff berkata, projek RMM Taman Permai Utama Fasa Pertama itu
merangkumi rumah teres kos rendah setingkat, teres kos sederhana
setingkat, teres kos sederhana dua tingkat, rumah berkembar setingkat
dan rumah berkembar dua tingkat.
"Harga
jualan rumah teres kos rendah setingkat adalah tidak melebihili
RM90,000 sementara rumah berkembar dua tingkat pula tidak melebihi
RM320,000," katanya.
Beliau
memberitahu, pembinaan RMM oleh SPNB bertujuan menangani masalah
pembeli pada masa kini iaitu peningkatan harga secara mendadak di
pasaran.
"SPNB
memainkan peranan dengan memastikan harga rumah yang kita jual jauh
lebih rendah berbanding pemaju swasta yang lain," katanya.
Dalam
perkembangan berkaitan beliau berkata, SPNB telah membina sebanyak
18,840 unit rumah yang merangkumi 35 projek RMM di seluruh negara
setakat ini.
"Sehingga
hari ini hanya tinggal empat lagi projek pembinaan yang berada dalam
peringkat pembinaan manakala selebihnya sudah disiap dan kebanyakannya
diduduki," jelasnya.
Sumber: Utusan