ALOR
SETAR 18 Februari - Kerajaan Kedah akan mencari alternatif untuk
membantu golongan pesawah yang mengalami kerugian kerana sawah mereka
tidak dapat diusahakan berikutan kemarau ketika ini.
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan
Asas Tani, Pembangunan Usahawan Negeri Datuk Suraya Yaacob berkata
cadangan untuk memberikan bantuan khas itu akan dibincangkan dengan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri melalui
perjumpaan pada 3 Mac.
"Kejadian
seperti ini belum pernah berlaku di Kedah. Faktor cuaca yang sangat
panas sekarang telah menyebabkan hasil tanaman padi menjadi kering
sehingga menyebabkan pesawah tidak boleh mengusahakan tanaman mereka.
"Memandangkan
ia bukan bencana alam, memang tiada peruntukan yang disediakan tapi
kami akan mempertimbangkan untuk memberikan bantuan khas membantu
golongan pesawah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan
Makmal Transformasi Wanita Negeri Kedah di sini hari ini.
Suraya
berkata kejadian itu menyebabkan golongan pesawah mengalami kerugian
lebih RM200,000 akibat tanaman mereka tidak dapat diusahakan kerana
permukaan tanah sawah menjadi kering.
"Saya sudah minta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk menjalankan bancian bagi mengetahui bilangan pesawah yang terbabit dan jumlah kerugian sebenar.
"Saya sudah minta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bekerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk menjalankan bancian bagi mengetahui bilangan pesawah yang terbabit dan jumlah kerugian sebenar.
"Melalui
bancian yang dibuat, kami akan bawa maklumat itu kepada Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani untuk dibincangkan bagi membolehkan
tindakan selanjutnya diambil," kata Suraya.
Kira-kira
100 pesawah dari tujuh kampung iaitu Kampung Bendang Raja, Kampung
Celong, Kampung Nam Dam, Kampung Padang Durian, Kampung Tok Dam, Kampung
Belat dan Kampung Rasau di daerah Pendang, tidak dapat mengusahakan
sawah mereka yang kering-kontang seluas lebih 100 hektar akibat kemarau
teruk yang melanda negeri ini sejak Januari.
Sumber: Bernama