ALOR
SETAR 10 Februari - Enam waran tangkap daripada 19 kes kompaun
dikeluarkan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) terhadap peniaga tidak
memiliki lesen tred, penjaja dan iklan akibat menghadiri perbicaraan
mahkamah.
Pegawai
Undang-undangnya, Elina Mohd berkata, 11 daripada 19 kes yang dikenakan
kompaun bernilai kira-kira RM2,800 telah diselesaikan di luar mahkamah.
“Manakala,
saman baki untuk dua kes lagi belum diserahkan kepada individu
berkaitan kerana berada di luar kawasan pentadbiran kami.
“Namun,
kami telah minta bantuan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Majlis
Bandaraya Pulau Pinang (MPPP) untuk memberi saman bagi pihak kami,”
katanya pada sidang media di Bilik Pegawai Undang-undang MBAS, di sini,
semalam.
Menurutnya,
kedegilan individu berkaitan membayar kompaun tahun sebelumnya,
membuatkan pihaknya lebih serius untuk mengambil tindakan tegas pada
tahun 2014 ini.
“Mereka
tak boleh berniaga secara haram. Jadi, kita ingin memberi kesedaran
apabila tidak ada lesen semestinya dikenakan tindakan. Lebih baik,
jelaskan denda sebelum kertas siasatan dibuka kerana kos kompaun mungkin
meningkat,” katanya.
Katanya,
nilai kompaun terlalu rendah, yakni denda maksimum RM300 mungkin
menjadi antara faktor sesetengah peniaga memandang remeh perkara
tersebut.
Jika
sabit kesalahan boleh dikenakan penalti (denda) RM2,000 atau penjara
tidak lebih dua tahun ataupun kedua-duanya sekali bawah Akta Kerajaan
Tempatan 1976.
Sumber: Sinar